saat mata menatap sekujur tubuh yang masih kecil itu,perasaan bercampur baur.marah,sedih,tergaul menjadi satu perasaan yang sukar ditafsirkan.marah kerana masyarakat sekeliling seolah olah sengaja memekakkan telinga,membutakan mata terhadap keadaan keluarga itu.sedih kerana anak kecil itu tidak berkesempatan meniti zaman kanak kanak yang sepatutnya dia lalui bersama teman temannya.bermain teng teng,layang layang malah menuju ke sekolah bersama teman itu hanya mimpi dalam impian.kerana bg si anak kecil itu,tanggungjawab mencukupkan segalanya bagi keluarga itu tergalas kukuh di bahunya.perit rasanya melihat anak kecil yang seharusnya didandan rapi,dihantar ke sekolah menjadi antara golongan petani yang membanting tulang dengan harapan menaikkan taraf hidup masing masing.statusnya sebagai anak yatim selain harus menjaga ibunya yang tenat memaksa dia melakukan sedikit pengorbanan.semuanya demi kasih sayangnya kepada ibu yang kini hanya mampu terlantar di rumah tanpa boleh melakukan apa apa.
tatkala fajar menyinsing,anak kecil itu sudah memulakan langkah dengan harapan akan ada secebis rezeki untuk mereka sekeluarga hari ini.langkahnya yang longlai cukup untuk meremukkan hati seorang insan bergelar ibu.dia cukup mengerti perasaan anaknya yang masih kecil itu.namun apakan daya,anaknya itulah yang menjadi tonggak harapan untuk meneruskan hidup.dia hanya mampu menghantar anaknya dengan lirik mata yang mungkin sekejap lagi akan terpejam rapat.terselit juga perasaan marah dan benci terhadap diri sendiri kerana tidak mampu berbuat apa apa,hanya mampu melihat pengorbanan mulia anaknya itu.namun dalam hati,dia tidak pernah berhenti berdoa semoga anaknya sentiasa dalam lindungan Maha Pencipta.dia juga menginginkan anaknya untuk bersekolah sama seperti rakan sebaya yang lain.tetapi dia merasakan bahawa impiannya itu perlu dilempar sejauhnya kerana dia tahu keadaan keluarganya belum mengizinkan dia berbuat demikian.bukan dia tidak sedar bahawa pendidikan mampu mengubah nasib keluarganya,tapi dia tidak mampu.membayar yuran sekolah juga dirasakan cukup berat inikan pula menyediakan keperluan sekolah secukupnya.ah!mungkin Tuhan masih mahu menguji mereka.sebagai hamba Allah yang beriman,dia reda menerima ketentuannya.mungkin suatu hari nanti,akan ada sinar harapan buat mereka sekeluarga.
di saat sebegini,satu persatu kisah silam mula menerjah dalam fikiran.rasa menyesal kerana mengabaikan pelajaran kini mula menggunung.jika dahulu dia tidak degil,tidak membantah kata kata orang tuanya supaya belajar bersungguh sungguh,dia mungkin sudah mengenggam segulung ijazah.paling tidak pun,sekeping sijil yang boleh digunakan untuk memiliki kehidupan yang lebih baik.darah mudanya ketika itu membutakan mata hatinya.dia cuma mengejar keseronokkan dunia,berhibur bersama teman teman sehingga larut malam.walaupun ketika itu usianya sudah menjangkau 17 tahun,fikirannya masih seperti anak kecil.meraung,menangis teresak-esak sekiranya permintaan dia tidak dipenuhi.kebebasan yang diberikan oleh orang tuanya telah disalah gunakan.ketika rakan sebaya yang lain sibuk mengejar ilmu,dia masih terkinja-kinja di kelab malam,melayan nafsu mudanya tanpa sedikit pun memikirkan masa depannya.peristiwa kehilangan kedua ibu bapanya,mula menyedarkannya dari tidur yang lena.mata hatinya tiba tiba terbuka luas.penyesalan demi penyesalan mula timbul di sudut hati kecil.sekelip mata,dia sudah kehilangan segala-galanya.dia kehilangan tempat bergantung,tempat bermanja yang selama ini diabaikan.dia sedar,walaupun dia menangis air mata darah sekalipun,keadaannya tetap sama.ibu bapanya tidak akan kembali memberi kesenangan kepada hidupnya.tragedi itu sama sekali telah merentap seluruh kebahagiaannya.tiada apa yang tinggal untuknya meneruskan hidup melainkan tanah kebun yang sekangkang kera itu.itupun ihsan daripada neneknya.tanah itulah yang diusahakan oleh anak kecilnya sekarang ini.dia merasa berdosa kerana anak yang suci itu harus menerima akibat daripada perbuatannya dulu.kemalangan yang dihadapinya setahun yang lalu,turut mengheret anaknya merasai kesempitan hidup.akibat kemalangan itu,dia disahkan lumpuh seluruh badan.hatinya ketika itu menjerit jerit,dunianya yang kabur sudah mulai gelap.dalam hatinya cuma memikirkan nasib yang akan dilalui oleh anaknya itu.
di bawah terik pancaran matahari,kelihatan seorang anak kecil leka mencangkul tanah untuk dijadikan batas.dia ingin menyemai benih beberapa jenis sayur lagi.dia puas melakukan pekerjaan itu.melihat sayur-sayurnya tumbuh sihat dan segar cukup untuk menghilangkan rasa penatnya selama ini.sejak dia mengusahakan tanah kebun itu,teman-temannya cuma terung,kacang panjang dan sayur bayam yang terdapat dikebunnya.sesekali,terlintas juga difikirannya untuk menuntut ilmu bersama teman yang lain.namun apabila mengenangkan keadaan ibunya di rumah,dia tahu impiannya itu mustahil untuk dicapai.dia mempunyai tugas yang lebih mulia selain menuntut ilmu.dia ingin berbakti kepada ibunya kerana dia tahu syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.berbekalkan prinsip itulah,dia tidak pernah jemu membanting tulang asalkan ibunya dapat makan,minum dan meneruskan sisa hidupnya.impiannya cuma satu,dia ingin membahagiakan ibunya disaat akhir kehidupan ibunya didunia yang fana ini.walaupun dia tahu ibunya tidak akan mampu memeluknya,menciumnya malah membelainya,dia tahu ibunya menyayanginya.melihat ke dalam mata ibu,dia melihat penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh ibu.dia meletakkan harapan agar suatu hari nanti,kebun yang diusahakan ini mampu membuahkan hasil,mampu menyerlahkan sinar buat keluarganya.selagi jasad belum bercampur tanah,dia akan tetap disini.mengerahkan kudratnya yang sedikit untuk mencapai hasil yang banyak.
No comments:
Post a Comment