teman.
kau pengubat duka.
kau pemusnah segala resah.
kau teman ketawa
kau teman berduka.
kau sejati diantara yg sejati.
teman
kuukirkan nukilan ini
sebagai pemanis hubungan kita
sebagai perencah persahabatan kita
tika jari ini mengukir kata kata
tiada apa yang lebih disyukuri
melainkan mempunyai teman sejati.
tatkala hati dirundung resah
tatkala jiwa bertemu kehancuran
tatkala hati tidak menentu
tatkala fikiran bertemu kebuntuan
kau ada disisi
menyemai semangat
membajai kesabaran
menanam rasional
memupuk iman
supaya aku terus berdiri
supaya aku terus disini
supaya aku dapat menikmati manisnya iman
manisnya persahabatan
supaya aku mampu sabar
kerana sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman.
supaya aku mampu berfikir cerdas,bergerak cergas
melalui liku dan ranjau
yang tidak pernah jemu berkunjung
aku dan kau
kita saling melengkapi
tiada siapa mampu menafikan
tatkala dua hati bersatu
jari saling bergenggaman
kita terus maju
maju ke depan demi mencapai matlamat
menyahut cita cita yang menyeru.
semoga langkah kita kekal seirama
supaya impian mampu digenggam.
semoga syurga menjadi destinasi terakhir.
No comments:
Post a Comment