Wednesday, August 4, 2010

buadd Gadisku.

Gadisku…
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta daripada
tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas
menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama
sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk
mendekatimu. Namun…tidak semua bunga senang untuk didekati oleh
sang kumbang lantaran duri yang memagari diri, umpama mawar merah, dari
kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta panahan warnanya yang
terserlah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang..tapi
awas..duri yang melingkari dirinya bisa membuatkan sang kumbang berfikir
beberapa kali sebelum mendekatinya.
Gadisku…
Aku suka sekirannya kau seperti mawar aspirasi setiap
mujahadah.
Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan
malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah.
Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa cirri-ciri
seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki
tidak melihat kepadanya.
Sesuatu yang tertutup itu lebih
berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah…umpama
sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan permata yang
diletakkan dalam satu bekas yang tertutup…sudah pasti keinginan diri
kuat untuk melihat permata yang tersembunyi rapi tentulah melebihi
daripada yang terdedah. Wanita solehah yang taat dan patuh kepada
Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap
insan yang bernama Adam. Namun, segalanya memerlukan pengorbanan dan
mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang
bersarang di dalam dirimu lebih-lebih lagi ‘title’ gadis yang
engkau miliki, sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang
ada. Namun ingatlah gadisku, sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah
pasti akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang paling
penting gadisku engkau mestilah mempunyai azam, usaha dan istiqamah.
Gadisku…
Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan
lelaki. Seandainya pakaian malumu kau
tanggal dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat
membentengimu.
Sesungguhnya Nabi S.A.W ada mengatakan tentang
bahaya dirimu “Tidak ada suatu fitnah yang lebih
besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki
selain fitnah yang berpunca daripada wanita
”. Oleh itu gadisku,
setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan
As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasi dirimu untuk
kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu
sebaris dengan kaum Adam, kau harapan ummah dalam melahirkan para
mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan
lembut tanganmu.
Gadisku…
Dalam hidupmu engkau pastinya ingin disayangi dan
menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara
kaummu yang tewas kerana cinta. Bercinta itu tidak salah, tetapi memuja
cinta itu yang salah. Ini kerana disebabkan cinta manusia sanggup
menjual agama dan kerana cinta juga maruah tergadai. Gejala murtad serta
keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah
sabda Rasullullah S.A.W yang membawa maksud “Sesungguhnya
cinta itu buta
”. Cinta itu mampu membutakan mata dan
hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil jika engkau
meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan bukan kerana Allah S.W.T.

Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu,
mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada
setitis air yang tidak beharga lalu mengalami proses pembentukan yang
direncanakan oleh Allah S.W.T. Semoga itu mampu
melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan timbul rasa
cinta dan kasih kepada Penciptamu.
Gadisku…
Menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap
makhluk adalah cinta hakiki dan abadi
kerana hati yang pecah
dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak
dan terburai. Tetapi, apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti
akan bertaut kembali. Dalam usia mudamu, sibukkanlah diri dengan ilmu
yang mampu menajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu.
Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan tidak mampu bertapak dalam hati orang
yang melakukan maksiat.
Akhir kalam, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu
Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama. “Cintakan
manusia itu tidak mewujudkan kabahagian yang hakiki untuk seorang insan
dan ia tidak kekal abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang
kecewa, gagal, merasa terseksa. Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang
dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali
cinta kepada pencipta manusia itu sendiri…

bacalah.walaupun kau tidak setuju.walaupun kau tahu ceritanya

No comments: