Sunday, August 29, 2010

selamat menyambut kemerdekaan.

apa yang membezakan kita?
warna kulitkah?
bahasa pertuturankah?
agama?adat dan budaya?
jika ya.aku rela hidup dalam kegelapan tanpa cahaya.
tapi tidak kawanku.
kita sama.kita manusia yang hidup di bawah satu payung.
payung Satu Malaysia.
kawanku.mungkin budaya kau dan aku berbeza.
kau punya agama pegangan kau sendiri.
aku juga punya pegangan aku sendiri.
tapi kita masih sama.kita manusia.
manusia yang dilahirkan di bumi tercinta,Malaysia.
tidak ada perbezaannya.
kau dan aku.
kita sama-sama melalui lebuh raya yang sama.
kita sama-sama mencari sesuap nasi di negara yang sama.
kita sama-sama tinggal di kawasan yang sama.
kita sama-sama menggunakan kemudahan asas yang sama.
dan jangan lupa kawanku.
kita juga sama-sama melafazkan rukun negara yang sama.
buka minda.buka mata.buka hati.
lihat persamaan kita.keakraban kita menentang penjajah dahulu.perpaduan kita membangunkan Malaysia.
Malaysia terbina di atas landasan perpaduan yang kukuh.
perpaduan yang sama-sama kita bina kawanku.
ya.yang kita bina.kau dan aku.
Malaysiaku yang sejahtera.
inginkah kau lihat Malaysia yang kita bina jatuh lantaran keegoan kita?
mahukah kau lihat semua itu kawanku?
aku tidak.
mari kawanku.
mari sama-sama kita melangkah maju.
bersatu atas nama Malaysia.
semoga langkah kita mampu menjana transformasi demi merealisasikan Satu Malaysia!

p/s created by me.hayati dan renungkan.



dont simply judge me.
bacalah.walaupun kau tidak setuju.walaupun kau tahu ceritanya

stop it.

dont simply judge me.

'kalau saya tak call awak.kalau saya tak text awak lagi,awak dh tak kisah kan?'
'suka hati awak la tak nak call ke tak nak text ke'.
'okay.baik.assalamualaikum'.
'err ada awk . .'
*tet tet tet

shit.
sape yg bengang kt sape plakk ni?
ahh honestly.saya bosan wak.terlalu BOSAN.
hell with your EGO.
what do you think i am?hello.i am a girl.just an ordinary girl who fall in love with Muhamad Ariff.
semua salah saya.itu tak kena.ini tak kena.apa lg yg tak kena?
bila saya ckp kasar.awak kata sy cari pasal.
bila sy diam.awak kata sy buadd perangai.
then awak nk sy ckp ape lg wahai kekasihku?
awak nk sy bersyair mendayu-dayu depan awak ke?

'awak nak sy melutut depan awak ke?'
'sy tak suruh pun'.
'dan sy pun tak kn melutut depan awk.paham?'

one more shit.
ego.ego.ego.
hello!
sampai bila sy kena mengalah?sy jg ada maruah.ada perasaan.
sy bukan lembu yg cuma ada otak tp tak de akal.
tp lembu pun ada kasih sayang.
why dont you see that?

p/s i'll fight your ego.
bacalah.walaupun kau tidak setuju.walaupun kau tahu ceritanya

Saturday, August 28, 2010

dont simply judge me.

when God gets rid of someone in your life.He's making room for someone better to come along :)
bacalah.walaupun kau tidak setuju.walaupun kau tahu ceritanya

kebaya oh kebaya.

'cantikny model ni pkai kebaya.ahh!dah nama pun model.pkai apa pun cantik'.
teringin la nk pkai kebaya utk hari raya taun ni.jomlah belek-belek majalah Dara lg.nak cari ilham utk hari raya ni.
'haha!nak pkai kebaya?jangan mimpi ahh'.'apesal plakk?suka hati mak bapakk wa la.lu ape de kisah?'.


'hmm.betul jg.nak pkai kebaya?ehh sesuai ke?'.


bacalah.walaupun kau tidak setuju.walaupun kau tahu ceritanya

waterparkk.

w.a.t.e.r.p.a.r.k

ahh hello.tak kuasa nyahh nak bwk ampa smua p mandi kt waterpark.mandi shower kt rumah sudah.ingt sikit golongan yg tak mampu tu.mandi telaga je.ampa ni nasib puny baik naa.nyahh buadd tazkirah stgi kot tak kuasa ampa nak dgr.
makk!aduhh tak kuasa nyahh.hari ni dh dekat berbelas miscol dh tau.ehh lu ingt wa nk jwb lu punya call?opsssie.
makk.nyahh tak sanggup dah.nyahh saja tak mau reply msg dia.tak mau jwb call dia.nyahh saja je tak mau layan dia.diulangi.SAJA.syok-syok.nyahh bosan.panas dia je kisah.panas nyahh dia tak kisah plakk.aduhh.byk cekodok!
masa nyahh tengah goreng ayam yg telah diperap dgn Knorr td.grrr.grrr.grrr.handphone buruk nyahh pun ber'vibrate'.nyahh dh agk dh.'hello.awat ha?!'.nah.rasakan kemarahan nyahh.meluat nyahh.'ala baru ckp je.tak buadd lg'.ehh byk lu puny ckp.'abes tu nak tnggu kena sepak terajang dulu baru nak marah?'.nyahh mula rasa panas.tambah plak dgn bahang api dr dapur nyahh.ish.bikin panas daa.
3minit kemudian.
'kakak!ayam hangit tu!'.mak datukk.terkejut nyahh.aww!ni lu puny pasal la.kan aym nyahh dh hangit ni.ala tak sedap dh la.
.
.
.
sampai saat ni.dh tak ada dh call o msg dr dia.mana pulakk dia pegi?
ahh rindu pulakk :'(
bacalah.walaupun kau tidak setuju.walaupun kau tahu ceritanya

Thursday, August 26, 2010

16 ramadhan.

assalamualaikum ciikguu! ;D

hari genaplah umat islam berpuasa selama 16 hari.lain pulakk bg sy.tatkala fajar menyinsing td genaplah 12 hari sy berpuasa.kenapa?ahh lu pikir la seniri!alhamdulillah.rasany cepat sgt masa berlalu kann?pejam celik pejam celik lg dua minggu lg kite nak sambut raya.insyallah.nasib baik bila pejam tu dpt la celik balik.kalau tak celik dah?alamatny Batu Dua lah ye.jemput ziarah.terima kasih.haha.opssie!bulan puasa neh trpaksala sy mengurangkan 'hilaian' sy.
semalam hari pertama sy ke sekolah selepas habis trial SPM.aduhh.disebabkan sy memang brckp byk jd rasa haus yg amatt sgt.seksa rasany.tepat jam 2 ptg memang dh tak de tenaga nak bercakap apatah lg nak belajar.ehh tak kuasa nyahh!'kesian aku tgk ang,pucat muka'.'aku takda tenaga dh ni.pkul berapa skrg?'sudah menjadi tabiat sy yg akan brtnya setiap lima minit sekali.sampaikan ada yg mencemuh 'kalau setiap kli ang nk tnya jam.ang ingtla yg lima minit dh berlalu tau'.tp sy tetap akn tny jgk.dan jwpanny anda pkir lah seniri ye.
cekgu H duk bercakap kt depan.sy yg kt belakang ni mcm nak angkat beg lari balik ja.tiba-tiba.
panngg!satu tamparan kuat hinggap kt tgh belakang.aduhh!mangkuk tingkat la.tp disebabkan sy sudah kehilangan tenaga dan nafsu utk bergaduh.sy pun diam je la.kesian kann?'apa ni weyhh.baru pkul 2.30 dh lembik.tah stgi balik merangkak p meja mkn pa time nk bukak.mak kena dukung plakk'.ish.kena penerajang jgk stgi kot bdk ni.aku ckp dlm hati la.sy pun cuma senyum ja la.menampakkkan barisan gigi yg putih.ha bila ckp psal gigi ni.teringt pulakk kt A.dia dh bukak besi kt gigi dia tu.natang pa ntah nama besi tu?breast ka braces?haha.Masyallah.apa ni?pangg!tampar diri seniri.muka dia nampak lain la ckit dr sebelumny.pkul 11 pg sebelumny.'weyhh,kuih raya buat dh ka?'.'mak aku buat dua tiga jenis ja'.bermulalah perbualan kami mengenai kuih raya moden dan tradisional yg ada di Malaysia ni.tp bg Syaz.sudah tiada guna dia hidup di Malaysia sebab hanya 2/4 kuih sj yg dia tau.Syaz.pemerbangan utk ke UK akn berlepas sejam dr sekarang.byebye.haha!namun Syaz tidak terus berputus asa.'weyhh ampa tau dak kuih jawa?bentuk dia mcm ni.mak aku panggil kuih jawa'.seminit kemudian.
'err . . '.
haha!'kami taktau la Syaz'.drpd riak muka Syaz.sy nampak dia sgt kecewa dan sedih.takpaa Syaz.sabaq ja la.
bacalah.walaupun kau tidak setuju.walaupun kau tahu ceritanya

Wednesday, August 25, 2010

shiot.

'klu dia dh masuk sana,melayang la jwbny'
melayang?
whatever loser!
hell with your sad ending love story.
not mine.
so jgn nak api-apikan sesiapa di antara kami ye.
setiap orang amatlah berbeza.
kau dgn cara kau.aku dgn cara aku.
so amatlah tidak wajar utk kau meng'hantu'kan kami.
dan kepada awakk.
tolong jangan fikir mcm budak hingusan lg bulehh takk?
think positive.
sy amatlah bengang dan berapi hari ini.
so please dont text or call me.
i will not answer your call.
hukuman utk awak yg tak buleh fkir dgn rasional.
dan kpd KAU.
kalau aku jumpa KAU.memang nahas.
tahap ke'bengang'an sy sudah memasuki tahap maksima.
jadi jgn cuba nak letupkanny.
or else . . .
sudah.cukup.
penat sgt hari ini.
salam ramadhan.

bacalah.walaupun kau tidak setuju.walaupun kau tahu ceritanya

Friday, August 20, 2010

coming.

nahh,i smell something.
something sweet.
what the hell is that?
oh its coming.
i can feel that it is coming near to me.
can anyone tell me what it is?
hello!
can you?
urgh nevermind.
i'll find it by myself.
God.
only a few steps away.
yeahh.i've found it!
oh yeahh ;D
.

.


.


ADDITIONAL MATHEMATICS
MONDAY.
PAPER 1 AND 2.
WISH YOU BEST OF LUCK!

bacalah.walaupun kau tidak setuju.walaupun kau tahu ceritanya

Wednesday, August 4, 2010

buadd Gadisku.

Gadisku…
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta daripada
tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas
menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama
sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk
mendekatimu. Namun…tidak semua bunga senang untuk didekati oleh
sang kumbang lantaran duri yang memagari diri, umpama mawar merah, dari
kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta panahan warnanya yang
terserlah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang..tapi
awas..duri yang melingkari dirinya bisa membuatkan sang kumbang berfikir
beberapa kali sebelum mendekatinya.
Gadisku…
Aku suka sekirannya kau seperti mawar aspirasi setiap
mujahadah.
Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan
malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah.
Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa cirri-ciri
seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki
tidak melihat kepadanya.
Sesuatu yang tertutup itu lebih
berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah…umpama
sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan permata yang
diletakkan dalam satu bekas yang tertutup…sudah pasti keinginan diri
kuat untuk melihat permata yang tersembunyi rapi tentulah melebihi
daripada yang terdedah. Wanita solehah yang taat dan patuh kepada
Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap
insan yang bernama Adam. Namun, segalanya memerlukan pengorbanan dan
mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang
bersarang di dalam dirimu lebih-lebih lagi ‘title’ gadis yang
engkau miliki, sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang
ada. Namun ingatlah gadisku, sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah
pasti akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang paling
penting gadisku engkau mestilah mempunyai azam, usaha dan istiqamah.
Gadisku…
Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan
lelaki. Seandainya pakaian malumu kau
tanggal dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat
membentengimu.
Sesungguhnya Nabi S.A.W ada mengatakan tentang
bahaya dirimu “Tidak ada suatu fitnah yang lebih
besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki
selain fitnah yang berpunca daripada wanita
”. Oleh itu gadisku,
setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan
As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasi dirimu untuk
kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu
sebaris dengan kaum Adam, kau harapan ummah dalam melahirkan para
mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan
lembut tanganmu.
Gadisku…
Dalam hidupmu engkau pastinya ingin disayangi dan
menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara
kaummu yang tewas kerana cinta. Bercinta itu tidak salah, tetapi memuja
cinta itu yang salah. Ini kerana disebabkan cinta manusia sanggup
menjual agama dan kerana cinta juga maruah tergadai. Gejala murtad serta
keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah
sabda Rasullullah S.A.W yang membawa maksud “Sesungguhnya
cinta itu buta
”. Cinta itu mampu membutakan mata dan
hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil jika engkau
meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan bukan kerana Allah S.W.T.

Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu,
mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada
setitis air yang tidak beharga lalu mengalami proses pembentukan yang
direncanakan oleh Allah S.W.T. Semoga itu mampu
melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan timbul rasa
cinta dan kasih kepada Penciptamu.
Gadisku…
Menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap
makhluk adalah cinta hakiki dan abadi
kerana hati yang pecah
dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak
dan terburai. Tetapi, apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti
akan bertaut kembali. Dalam usia mudamu, sibukkanlah diri dengan ilmu
yang mampu menajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu.
Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan tidak mampu bertapak dalam hati orang
yang melakukan maksiat.
Akhir kalam, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu
Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama. “Cintakan
manusia itu tidak mewujudkan kabahagian yang hakiki untuk seorang insan
dan ia tidak kekal abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang
kecewa, gagal, merasa terseksa. Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang
dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali
cinta kepada pencipta manusia itu sendiri…

bacalah.walaupun kau tidak setuju.walaupun kau tahu ceritanya