peace be upon you.
salam.
firstly,nak ucap selamat meyambut awal muharam kepada readers ter'sayangg'? . err :)
okayy,tak nak merapu kali ini.
post kali ini teramatlah serius.sila buadd muka serius untuk ambik feel.
ohh okayy.
*dengan muka serius
pija ada azam baru yang sangatt lah baru lagi.
Insyallah,pija harap azam kali ini tidaklah hanya setakat hangat-hangat tahi ayam kerana alang-alang berdakwat biarlah hitam,alang-alang mandi biarlah basah.oleh hal yang demikian,pija harap sangatt disamping berdoa pada Allah supaya Allah memudahkan urusan pija untuk mencapai azam baru.azam baru ni direka hasil pengalaman di litar lumba selama lebih 17 tahun ni.Ya Allah,rasa banyak sangatt masa terbuang,byk sangatt dosa 'ter'buat.
Azam 2011 :
menutup aurat sepenuhnya
Ya Allah,aku takut dengan azabMu ya Rabb.Kau bantulah aku,Kau bimbinglah aku untuk menjadi hambaMu yang solehah.pija ingin terus melangkah sopan dengan berbaju kurung.biar dituduh kolot,biar dikeji tak up to date,tapi ganjaran Allah lebih manis dan lebih mewah dari LV,Guess dan Gucci.
menjadi anak yang solehah dan hamba kepada Allah yang beriman
Ya Rabb,terlalu banyak dosa hambaMu ini.sehingga tidak terhitung dengan jari jemari.sesungguhnya aku terlalu lalai Ya Allah,terlalu leka dengan godaan dunia.Ya Allah,masih adakah lagi ruang keampunan untuk hambaMu yang kotor ni?namun aku yakin dengan segala kebesaran dan kekuasaanMu.sesungguhnya pintu taubatMu sentiasa terbuka luas untuk hambaMu yang ingin bertaubat.tetapi dalam hati kecilku selalu bertanya,'masihkah Allah mahu mengampun dosa aku yang menggunung?Ya Allah!aku takut dengan balasan azabMu.ampunkan aku.sehinggakan kadang kala aku merasakan bahawa aku tidak layak untuk diampuni.Astaghfirullahalazim,bersangka baiklah dengan Allah.
berbakti kepada ibu bapa
bonda dan ayah.terlalu banyak pengorbananmu untuk anakmu yang keras kepala,degil ini.terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan kepada bonda dan ayah.terlalu banyak jelingan dan tengkinganku hadiahkan kepada bonda dan ayah.Ya Allah,ampunkan hambaMu.Ya Rahman,Kau berikanlah kesempatan untukku membalas jasa kedua ibu bapaku.
♥CIK CERMIN SOMPEK♥
bacalah.walaupun kau tidak setuju.walaupun kau tahu ceritanya