Monday, March 23, 2009

surat adam utk hawa .


Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt…. Hawa.... Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa....kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu....dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbamg hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini.... Hawa.... Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan.... Hawa.... Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa...cubalah ! renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini...kian berubah..tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita...Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah...kepada kami,kaum ajnabimu? Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi...langkahmu kian pantas....apa sebenarnya yang engkau kejari?...ku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain...Bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...Sedarkah kau Hawa.....???? Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah? Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!!! Hawa.... Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.....Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini.... Hawa.... Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan....Aku tidak mahu Hawa...suatu hari nanti, dinegeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya...seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ...aduh!! banyaknya seksaan menantimu!...Mengapa begitu Hawa??? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!! Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?? Hawa... Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri....Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian...tapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu...!!! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini! Hawa.... Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu...Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu..... Firman Allah swt: “Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...” Hawa.... Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan....Akhir kata ,ketahuilah............. “DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN DAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH!!”

bacalah.walaupun kau tidak setuju.walaupun kau tahu ceritanya

surat hawa utk adam .


Ohh Adam...

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.Adam... Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.Adam... Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.Adam... Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adam... Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?Adam... Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.Adam... Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...

bacalah.walaupun kau tidak setuju.walaupun kau tahu ceritanya

Sunday, March 22, 2009

ari nieh agk mengong blaja bio !



7 pg akuw da bgun .tu pn mak akuw kjutkn .hehe.then,mndi2,siap2 trus g tusyen .akuw smpai kt tmpat tusyen lwat ari nieh .tp ta pe,cekgu tuh baik jewp .hehe.pg td akuw blaja bio.alamak !ta pham .complicated sgt .tp ta struk add math .time add math je,akuw trus mengong .hehe .pas blek tusyen jewp,akuw g psar ngn mak akuw .aduyai,mak akuw trjumpa lak kwn diye .biase la pmpuan,ble da jmpe,cm staun ta jmpe .yg akuw ni da ta lrat nk mnunggu .abes satu pasar akuw tawaf but yg mak akuw nieh ta abis2 lg mnyembang .aduyai !hmm.mlm ni aku iron bju skola lak .dua psang bju.satu tdung dlm msa 20 mnit .hehe.mak aku kta aku ta crewet brbnding adek akuw .adek akuw shelai bju pn dh 10 mnit .abes je,iron bju,akuw pn un la komp .search blog then tulis larh blog ari nieh .haha

bacalah.walaupun kau tidak setuju.walaupun kau tahu ceritanya

Saturday, March 21, 2009

trip besh after pmr last year larh !


merdeka !hehe .i mean lpas azab pmr .mmang enjoy sgt larh .lpas pmr,byk siot xtvt yg madam bg .madam kuh amatlh giat .hehe .speak english always n always .hehe.n yg pling besh,ktaorg de trip g genting,kl ngn melaka .besh sgt2 .cekgu nordin spurting giler .tp skrg da pindah .hmm .kt genting ktaorg men mcm2 tp akuw ta brani nek roller coaster .tatot ah .hehe.cma kwn2 kuh yg gilak tuh xcited na nek ,last2,akuw jd tukang jga beg diorg .eww !hampeh tul .ktaorg brmlm kt kl,htel pe ntah akuw ta ingtlh tp dkat ngn sogo .mlm tu mnakutkn lh .ktaorg trsesat dlm sogo .sogo dh ttup tp ktaorg still mamam lg kt dlm .yg pkerja kt ctu mengong lh,at least bgtao lh yg sogo dh na ttup .akuw ni cpat nangis.hehe.su,akuw nangis lh,tatat ta leh kuar.hehe.nsib bek de guard.lau ta,brmlm lh kmi kt ctu .yg si mieda ngn syaz,asanya lpar lg kot .sbb ta sempat abiskn mknan td .bla kuar jew,trus serbu kfc lak .amoey !ptut ah 'kurus' .hehe.mlang ta abis lg larh .kuar je dr kfc,kmi jln lh na blik hutel .tp last2 trsesat lak .yg kami tatot sgt,de dua mamat nieh asik ikut kami dr sogo .nsib bek kwn kuh dtg amik kami .lau ta,brmlm lh kmi kt lrong2 tuh .haha

bacalah.walaupun kau tidak setuju.walaupun kau tahu ceritanya

ferst day kuh on blog .


ferst time kuh create blog .erm agk besh larh .;D

ari nieh ta byk xtvt kuh .pg td pgi kem oran,de ltihan kwad .agk pnat opkos lh .hehe .fyi,klaka ah tgk bdk2 tntera tuh . na g mamam pn kna bwk pinggan n mug sndri .ari ni bru akuw tao .hehe .lau yg cerdik alias bijak tuh,diye bwk lh mug yg pnjang n besar cket .su,dpt lh lebih .hehe .akuw dpt tao prtndingan kwad t,kt pdg 504.ktanya kt bkit keteri tp akuw pn ta tao .hehe.ase mlas na msuk kwad tp akuw ta de plihan cuz mnembak pn cm ta de bakat jewp .haha

bacalah.walaupun kau tidak setuju.walaupun kau tahu ceritanya